
Adakah insiden tembak bekas presiden Amerika Syarikat ini sekadar lakonan semata
Netizen Dakwa Insiden Cubaan Bunuh Donald Trump Lakonan Semata-Mata. Satu dunia digemparkan dengan insiden cubaan membunuh bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang berlaku semalam.
Heboh di hampir semua ruangan berita pada hari ini apabila Donald Trump dilaporkan cedera dalam insiden tembakan semasa sedang berkempen di Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Menjadi troll di platform media sosial
Walaubagaimanapun, insiden berdarah itu kemudiannya menjadi troll di pelbagai platform media sosial di mana ramai yang mengatakan insiden tembakan itu sebenarnya telah dirancang.
Dipetik dari Sinar Harian, di platform X, pentaksub teori konspirasi menolak dakwaan cubaan membunuh bilionair hartanah itu sebagai ‘stunt‘ untuk meningkatkan sokongan terhadap kempen pilihan raya beliau selepas ‘Trump’ dan ‘staged‘ berada pada dua tangga teratas topik trending di platform X.

Ada yang dakwa kejadian adalah dirancang
Seorang lagi pengguna menulis di ruangan komen, ‘ia ternyata kejadian yang sudah dirancang. Jelas sekali, penyerang tidak sepatutnya terlepas sasaran dengan mudah jika benar-benar berniat mahu membunuhnya.
Beliau pula masih mampu berdiri semula dan mengangkat tangan kepada para penyokongnya lagak seperti hero. Jika situasi sebenar, Trump pastinya sudah menggigil ketakutan.”
Presiden ke-45 Amerika Syarikat itu mengalami luka pada telinganya selepas terkena tembakan ketika beliau sedang berucap pada perhimpunan di Butler, Pennsylvania pada Sabtu.
Pemimpin sarat kontroversi dan dihimpit pelbagai kes jenayah berusia 78 tahun itu dilaporkan terselamat manakala seorang peserta perhimpunan berkenaan terbunuh dan dua lagi cedera.

Trump angkat tangan sperti pejuang demokrasi
Turut dikatakan juga, imej memaparkan gaya Trump yang masih gagah mengangkat tangannya seperti biasa dibuat pejuang demokrasi ketika diterpa ejen Perkhidmatan Rahsia dan anggota penguat kuasa undang-undang tempatan disebut sebagai ‘ikonik’ oleh para penyokong calon Presiden Parti Republikan tersebut.
Pengguna media sosial pula menggelarnya sebagai ‘bladed‘ iaitu istilah gusti profesional yang dirujuk sebagai gimik untuk mencederakan diri sendiri dan mereka menyebut babak Trump itu sebagai ‘skrip bodoh WWE’.
Ia adalah gambar yang amat sempurna sehingga sukar untuk mempercayai ia bukan lakonan.
“Gambar terbaik untuk dekad ini. Benar-benar luar biasa,” kata seorang lagi warganet menerusi pandangan yang berbeza.

Pengguna media sosial analisis kesan darah terpercik pada wajah Trump
Gambar kesan darah yang terpercik pada wajah Trump turut ‘dianalisis’ pengguna media sosial yang percaya ia adalah tembakan paintball.
Tak mungkin tembakan boleh tersasar dan semua aksi beliau selepas ditembak jelas adalah propaganda,” ujar salah catatan di ruangan komen.
Seorang warganet pula berpendapat ‘drama’ itu akan memberi kelebihan kepada Trump untuk meraih rangsangan politik ketika parti lawan, Demokrat yang diwakili Presiden Joe Biden dikritik banyak pihak.
Di samping itu, komentator berhaluan kanan, Tim Pool mengecam pihak yang mendakwa insiden tembakan itu sebagai penipuan.
Istilah ‘staged‘ telah menjadi trending. Mereka gelar Trump sebagai pemimpin tentera Nazi Jerman, Adolf Hitler.
“Mereka merusuh dan memusnahkan kariernya. Kini, mereka dakwa serangan itu dirancang pula,” sindirnya.
Ketika ini, istilah ‘delete‘ juga menjadi trending apabila kebanyakan warganet menggesa pentaksub teori konspirasi dan ahli politik Demokrat supaya memadamkan ciapan tentang kejadian tembakan berkenaan.
Dalam masa yang sama, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) telah mengenal pasti suspek penembak Trump iaitu Thomas Matthew Crooks yang berusia 20 tahun.


