‘Dr Akmal, Berhentilah Hipokrit! Mana Kamu Bila UMNO Negeri Sembilan Cabar Istana?’ 

LocalPolitics
22 Sep 2026 • 8:04 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

KUALA LUMPUR - Sudah tiba masanya untuk Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berhenti bersikap hipokrit dan bersuara ke atas isu yang wajar diberi perhatian.

Menegaskan perkara itu, Timbalan Setiausaha Agung, Sivalamar Genapathy berkata, pendirian Dr Akmal terhadap keputusan Kementerian Pendidikan sekali lagi memperlihatkan sikap beliau yang gemar memutarbelitkan isu demi publisiti politik murahan. 

Menurut beliau, keputusan diambil kementerian sama sekali tidak menghapuskan hak istimewa Bumiputera, sebaliknya hanya melibatkan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti golongan berkenaan yang mengendalikan Institusi swasta tertentu. 

“Jangan mengelirukan rakyat dengan memainkan sentimen perkauman terhadap perkara yang jelas skopnya.

“Ketika UMNO Negeri Sembilan mengheret Istana Seri Menanti dan Institusi Raja ke dalam sandiwara politik mereka, Kerajaan MADANI kekal menumpukan perhatian terhadap usaha menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

Sivamalar Genapathy
Sivamalar Genapathy

Tegas Sivamalar, pendidikan tidak seharusnya dijadikan modal politik baharu untuk mengalih perhatian daripada kekacauan yang dicetuskan oleh parti sendiri di Negeri Sembilan.

Dr Akmal katanya, wajar merujuk pendirian rakan komponen dalam Barisan Nasional. 

“Pemimpin MIC yang juga bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan, menyokong dasar ini kerana beliau faham isu pendidikan tidak seharusnya dipolitikkan.

“Jika Dr Akmal benar-benar mahu tampil sebagai pejuang Melayu, suaranya sepatutnya kedengaran apabila tindakan kepimpinan UMNO tidak menghormati Undang Undang Tubuh Negeri dan Institusi Raja di Negeri Sembilan,” katanya, sinis. 

Sebaliknya jelas Sivamalar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu memilih untuk membisu terhadap partinya sendiri, tetapi lantang menyerang Kerajaan MADANI. 

“Inilah hipokrasi dan dwistandard politik Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh: melalak demi politik, membisu demi parti,” katanya. - Getaran, 22 September 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved