Dr. Chandra Muzaffar meninggal dunia

LocalPolitics
27 Nov 2026 • 10:17 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dr. Chandra Muzaffar meninggal dunia

PETALING JAYA – Tokoh akademik, penganalisis politik dan aktivis sosial, Dr. Chandra Muzaffar meninggal dunia pada usia 79 tahun hari ini.

Pemergian Allahyarham disahkan oleh bekas Ahli Parlimen Kangar, Amin Ahmad menerusi hantaran di Facebook hari ini

Allahyarham merupakan Presiden Gerakan Antarabangsa untuk Dunia Keadilan (JUST) dan antara tokoh yang lantang memperjuangkan hak asasi manusia serta keadilan sejagat.

Dilahirkan pada 10 Mac 1947 di Bedong, Kedah, Allahyarham merupakan pengasas Aliran Kesedaran Negara (Aliran) pada 1977.

Allahyarham juga merupakan Timbalan Presiden pertama Parti Keadilan Nasional yang kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada Pilihan Raya Umum 1999, beliau pernah bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak, namun tewas kepada calon MCA, Tan Chai Ho.

Selepas meninggalkan politik pada 2001, Allahyarham memberi tumpuan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selain terus aktif mengulas isu politik, sosial dan hubungan antarabangsa.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham turut menghasilkan dan menyunting lebih 30 buah buku.

Allahyarham meninggalkan isteri, Mariam Hashim serta dua anak perempuan, Anisa Muzaffar dan Samirah Muzaffar. – KOSMO! ONLINE

The post Dr. Chandra Muzaffar meninggal dunia appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved