‘Kami tadah tangan, angkat kesakitan sedang ditanggungnya’

LocalEntertainment
30 Sep 2026 • 9:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Kami tadah tangan, angkat kesakitan sedang ditanggungnya’

PETALING JAYA – Pelakon Rita Rudaini mengajak orang ramai menitipkan doa buat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini di bawah pemerhatian Institut Jantung Negara (IJN).

Rita, 50, berharap Mahathir, 101, diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan sepanjang menerima rawatan di IJN.

“Ya Allah, di saat Tun Dr. Mahathir kini berada di IJN untuk pemantauan rapi, kami menadah tangan memohon hanya kepada-Mu.

“Angkatlah segala kesakitan yang sedang ditanggungnya. Ringankanlah setiap rasa sakit, kuatkanlah tubuh dan semangat serta kurniakanlah kesembuhan yang sempurna dengan izinMu.

“Jika tubuhnya sedang lemah, Kau berikanlah kekuatan. Kalau ada kesakitan, Kau gantikanlah dengan kelegaan.

“Jika tubuhnya sedang lemah, Kau berikanlah kekuatan. Jika ada keresahan, Kau hadirkanlah ketenangan,” katanya dalam satu hantaran Threads.

Menurut Rita dalam hantaran sama, dia memohon Mahathir dipanjangkan usia dan sentiasa ditemani ahli keluarga.

“Lindungilah beliau dengan rahmat serta kasih sayangMu. Panjangkanlah usia Tun dalam kesihatan dan kebaikan serta permudahkan segala rawatan dan urusan beliau serta keluarganya setia berada di sisi.

“Marilah kita sama-sama menitipkan doa buat Tun. Semoga setiap doa yang terbit daripada hati kita diangkat dan diperkenankan oleh Allah SWT.

“Syafakallah, Tun. Semoga Allah mengurniakan kesembuhan yang tiada lagi sakit selepasnya,” katanya lagi.

Terdahulu, Mahathir dilaporkan dimasukkan ke IJN pada malam 29 September untuk menjalani pemerhatian selepas pemergian isterinya, Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, pada 28 September lalu.

Anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir berkata, keadaan Tun Dr. Mahathir ketika ini baik dan tidak membimbangkan.

Menurutnya, tempoh dua hari selepas pemergian Tun Dr. Siti Hasmah memberi tekanan besar buat bapanya, justeru dia dimasukkan ke IJN bagi membolehkan keadaannya dipantau.

Setiausaha Akhbar Tun Dr. Mahathir, Sufi Yusoff turut menjelaskan bahawa beliau tidak pengsan seperti dakwaan yang tersebar, sebaliknya sedang berehat dan berada di bawah pemerhatian.

Siti Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun di IJN pada pagi 28 September sebelum dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya, pada hari sama.

Mahathir dan Allahyarham Siti Hasmah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 1956 dan tahun ini genap 70 tahun usia perkahwinan mereka. Pasangan itu dikurniakan tujuh cahaya mata. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Kami tadah tangan, angkat kesakitan sedang ditanggungnya’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved