‘Drama’ 2 Kereta Di Lebuh Raya Jadi Punca Kenderaan Lain Kemalangan [Video]

LocalCars
9 Apr 2025 • 10:50 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sejak minggu lalu, lebuh raya merupakan antara tempat yang agak sibuk memandangkan jumlah kenderaan meningkat kerana musim perayaan.

Tidak dinafikan, bilangan kenderaan yang banyak di atas jalan raya juga boleh meningkatkan kadar kemalangan.

Oleh kerana itu, kita sentiasa diingatkan untuk berhati-hati di atas jalan raya, namun kemalangan tetap boleh berlaku dek kerana kecuaian pemandu lain.

Lori bawa telur kemalangan, rempuh dua kereta berhenti tengah lebuh raya

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan sebuah lori terlibat kemalangan gara-gara dua kenderaan yang secara tiba-tiba berhenti di tengah-tengah lebuh raya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok @azim.thirtyfour, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus).

Lori yang membawa muatan telur itu dikatakan tidak sempat berhenti dan mengelak lalu merempuh belakang kereta jenis Honda City dan Proton Ertiga yang berhenti di tengah jalan.

Pemandu Ertiga macam sengaja ‘blocking’ Honda City

Dalam video tersebut, kelihatan pemandu Proton Ertiga seolah-olah dengan sengaja menghalang Honda City berkenaan.

Kemalangan itu juga menyebabkan berlakunya kekecohan di antara kedua-dua pemandu kereta, namun punca kejadian tidak dapat dipastikan.

Ada pengguna media sosial yang mendakwa dia adalah pemandu lori berkenaan dan kejadian tersebut adalah disebabkan kes culik dan laporan polis sudah dibuat.

image is not available

Pelbagai spekulasi lain yang diberikan berhubung ‘drama’ di lebuh raya itu, namun tidak dapat dipastikan kesahihannya.

image is not available

Kejadian didakwa berlaku pagi semalam di Lebuhraya Plus berdekatan Tapah

Menurut laman Perak Press di Facebook pula, kejadian berkenaan didakwa berlaku sekitar pukul 9.00 pagi pada semalam (8 April) di Lebuhraya PLUS arah Tapah menuju Gopeng.

“Disebabkan tindakan dua individu ini, pengguna jalan raya lain turut terlibat dalam insiden tersebut, termasuk sebuah lori 10 tan yang terpaksa mengelak.

“Diharap video ini dapat membantu mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut,” tulisnya.

Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang maklumat tambahan atau kenyataan rasmi daripada pihak polis.