“Realiti Menyakitkan” – Ramai Tersentuh Baca Luahan Wanita Miliki Ijazah Namun Tiada Kerjaya Di Usia 30-an [Video]

9 Apr 2025 • 4:27 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Bagi kebanyakan orang, ada yang sudah memasang impian untuk memiliki kerjaya atau karier sebaik sahaja mengenggam segulung ijazah.

Malah, ada juga yang beranggapan sijil yang dimiliki dapat mengubah nasib dan kehidupan keluarga.

Namun entah di mana silapnya, ramai di antara mereka yang masih tidak mempunyai kerjaya yang sesuai dengan kelayakan walaupun telah pelbagai usaha dilakukan.

Wanita Luah Tidak Miliki Kerjaya Walaupun Dah Berusia 30 Tahun

Baru-baru ini, tular di media sosial luahan seorang wanita mengenai liku-liku perjalanannya pada masa ini.

Luahan itu dibuat oleh wanita berkenaan di TikTok @izzati.is_ sambil disertakan video dia sedang menggoreng sotong di kedai yang dipercayai miliknya.

Luah wanita itu, dia kini tidak mempunyai karier atau kerjaya walaupun telah mencecah usia 30 tahun.

Wanita Miliki Ijazah Dalam Bidang Kimia, Pilih Untuk Jadi Peniaga Jalanan

Apa yang turut menjadi perhatian adalah dia rupanya merupakan penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan memiliki ijazah dalam bidang kimia dari universiti tempatan.

Namun, situasi yang dihadapinya itu langsung tidak mematahkan semangatnya apabila dia memilih untuk menjalankan perniagaan walaupun tidak mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut.

Pun begitu, dia tetap mempersoalkan adakah kehidupannya dianggap sebagai suatu kegagalan.

“Sudah masuk 30-an. Pemegang ijazah Kimia dengan biasiswa JPA tetapi tiada kerjaya.

“Tak pandai bisnes tetapi tengah cuba nasib. Sekarang jadi peniaga jalanan, adakah aku gagal?” tulisnya pada video tersebut.

Difahamkan, dia kini menjalankan perniagaan mee sotong di Pongsu Seribu, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Boleh Relate Situasi Wanita Dengan Diri Sendiri, Ada Yang Hadapi Nasib Sama

Video yang telah mendapat lebih 277,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang bersimpati dan tersentuh dengan luahan wanita berkenaan.

Malah, majoritinya turut memberi semangat dan menitip kata-kata positif kepada wanita itu dan menjelaskan situasi yang dihadapinya bukanlah satu kegagalan.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman sendiri turut berhadapan situasi sama walaupun memiliki kelulusan.

Ini antara komen menarik dari pengguna TikTok:

“Tidak Gagal, Rezeki Allah Tu Luas”

image is not available

“Tak Gagal Tetapi Negara Rugi Besar, Lambakan Graduan Tak Dapat Nak Contribute Tenaga Pakar Dalam Bidang Masing-Masing, Pemegang Biasiswa Pula Tu”

image is not available

“Awak Sama Macam Adik Ipar Saya, Pemegang Ijazah Kimia & Penerima Biasiswa, Bagi Saya Korang Tak Salah”

image is not available

“Inilah Realiti Yang Menyakitkan Pada Zaman Ini, Era Lepasan Universiti Kerja Bagus Dah Berakhir”

image is not available

“Zaman Sekarang Tak Boleh Nak Judge Orang Kerja Apa Ya, Semua Bijak-Bijak”

image is not available

“Saya Pun Pemegang Ijazah Kimia Juga & Belum Dapat Kerja Lagi, Saya Dah Tak Tahu Nak Buat Apa”

image is not available

“Jangan Pernah Rasa Gagal Sis, Semua Manusia Ada Jalan Hidup Masing-Masing Yang Tuhan Dah Rancang”

image is not available

Source: