
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Perkembangan media sosial yang ada pada hari ini menyebabkan pelbagai maklumat boleh diperolehi dengan mudah.
Tidak dinafikan, perkara sebegini sememangnya memberi banyak manfaat kepada orang ramai kerana segalanya tersedia di hujung jari sahaja.
Pun begitu, ia juga boleh membawa kepada keburukan sekiranya ada maklumat yang dikongsikan tidak sahih, lebih membimbangkan lagi jika ia berkaitan kesihatan.
Orang muda percaya doktor TikTok punca mati pucuk
Malah, tindakan orang muda yang suka mendapatkan nasihat ‘doktor TikTok’ atau pengamal perubatan tidak bertauliah di media sosial dan Google juga menjadi penyebab ramai di kalangan mereka dibebani masalah mati pucuk.
Difahamkan, masalah mati pucuk atau ‘erectile dysfunction’ (ED) ini pada ketika ini semakin menjangkiti lelaki awal 40-an.
Pensyarah dan Pakar Perunding Kanan Urologi, Fakulti Perubatan dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Dr. Zulkifli Md. Zainuddin berkata, statistik terbaharu menunjukkan tujuh daripada 10 lelaki berusia lebih 40 tahun di negara ini dijangkiti ED pada tahun ini.
Menurutnya, statistik terbabit turut merangkumi 199.9 juta lelaki di Asia.
Pelbagai faktor lelaki muda mati pucuk
“Apa yang lebih membimbangkan ialah peningkatan ED untuk lelaki muda berlaku atas pelbagai faktor kesihatan yang mencabar seperti penurunan terteron dan fungsi pembuluh darah.
“Faktor kesihatan lain termasuk kencing manis, jantung, obesiti, darah tinggi, mental, tekanan dan kemurungan. Ramai lelaki muda mengalami stres akibat tekanan hidup yang semakin kompleks, tekanan kerja, masalah kewangan dan hubungan peribadi tidak stabil,” katanya dipetik Kosmo.
Menurutnya lagi, penyakit lemah keupayaan seksual itu menggangu aliran darah yang penting untuk fungsi ereksi yang normal.
Source:

![Ibu Ayah Kena Cakna, Ini 3 Tanda Anak Anda Mungkin Alami Brain Rot [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)

