Grab Lancar AI Agentik Untuk Bantu Peniaga & Pemandu

LocalTechnology
9 Apr 2025 • 3:30 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sebut sahaja mengenai aplikasi Grab, tak dinafikan ia digunakan oleh ramai masyarakat khususnya buat mereka yang sentiasa menggunakan perkhidmatan e-hailing, penghantaran makanan mahupun barangan, baik sebagai end user mahupun sebagai rakan Grab.

Aplikasi ini secara tidak langsung telah banyak memberikan kemudahan kepada orang ramai dalam menjalani rutin harian mereka khususnya buat mereka yang bergelar peniaga serta pemandu. 

Lebih menarik lagi, Grab pastinya ingin sentiasa memastikan peniaga serta pemandu di bawah mereka dapat menjalankan perkhidmatan mereka dengan baik seiring dengan teknologi semasa.

Grab perkenal AI baru untuk bantu peniaga dan pemandu

Pada 8 April, Grab yang juga sebuah superapp terkemuka di Asia Tengggara telah memperkenalan penyelesaian AI Agentik yang pastinya dapat membantu peniaga termasuk pemandu untuk memaksimakan potensi mereka di dalam aplikasi berkenaan.

Teknologi AI Agentik menerusi AI Merchant Assistant serta AI Driver Companion ini bakal membantu peniaga serta pemandu Grab dalam mengoptimasikan tugas mereka dengan lebih baik dan lancar.

Perkara ini turut dibina dengan organisasi penyelidikan AI, OpenAI serta Anthropic dengan memanfaatkan model asas. 

Ini kerana, Grab telah mengembangkan kolaborasinya bersama OpenAI, yang pertama kali diumumkan pada Mei 2024 serta menandatangani perkongsian strategik baharu dengan Anthropic, pembuat model AI Claude untuk membangunkan penyelesaian AI baharu termasuk menguji model terbaharu Claude. 

“Peniaga dan pemandu kami merupakan sebahagian daripada golongan keusahawananan di Asia Tenggara. Kami mahu melengkapkan mereka dengan alat untuk berjaya, terutamanya dalam dunia AI-centric.

“Dua penyelesaian AI yang kami perkenalkan pada hari ini (8 April) merupakan pembantu peribadi pintar yang direka khas untuk membantu peniaga serta pemandu dalam mengoptimakan perniagaan dan memaksimakan priduktiviti. 

“Perkara ini akan membantu mereka untuk lebih fokus dalam melakukan sesuatu perkara dengan terbaik dalam melayani pelanggan. Penyelesaian ini turut mencerminkan pendekatan ‘AI-First with Heart’ – komitmen kami dalam menyelesaikan masalah untuk komuniti yang kami layani, dengan menggunakan AI sebagai teras untuk kami bekerja dan apa yang kami bina,” kata Ketua Pegawai Produk Grab, Philipp Kandal.

AI Merchant Assistant akan bantu peniaga dalam mengoptimumkan perniagaan mereka

image is not available

AI Merchant Assistant merupakan satu Chatbot dikuasakan oleh Large Language Model (LLMs) yang dintergrasi di dalam GrabMerchant di mana ia akan memberikan peniaga pandangan atau cadangan yang bersesuaian dalam membantu mereka mengendalikan perniagaan. 

Ini kerana peniaga di dalam platform Grab merupakan peniaga kecil yang mempunyai sumber yang kurang berbanding jenama besar untuk melabur di dalam teknologi canggih untuk menganalisi prestasi perniagaan mereka. 

Apa yang lebih menarik, peniaga boleh menggunakan AI Merchant ini pada bila-bila masa kerana ia berfungsi 24 jam sehari.

Bukan hanya itu, pembantu peniaga AI ini turut memahami keperluan peniaga dengan memberikan cadangan dalam pelbagai aspek seperti operasi, perniagaan dan mesej disampaikan seperti manusia biasa. 

Sebagai contoh, sekiranya peniaga tertanya-tanya bagaimanakah prestasi atau keuntungan dalam perniagaan yang dilakukan, AI Merchant Assistant ini bakal mengeluarkan analisa secara mingguan, bulanan atau tahunan.

image is not available

Selain itu, ia juga bakal memberikan cadangan bagaimana untuk meningkatkan lagi jualan seperti meletakkan gambar, kempen atau mengemas kini menu dan sebagainya.

Malah ia juga bakal memberi cadangan cara untuk membuat pembiayaan untuk peniaga termasuklah produk pinjaman seperti GrabFin dan bank digital Grab. 

AI Companion Driver alat bantu pemandu untuk pemanduan dan perjalanan yang lebih baik

image is not available

Selesai dengan AI Agentik untuk para peniaga, kini kita lompat pula kepada para pemandu Grab.

Seperti yang semua semua sedia maklum, jalan raya di Asia Tenggara akan sentiasa mempunyai perubahan dengan cepat dan perkara ini secara tidak langsung memberikan cabaran kepada pemandu untuk menavigasi perjalanan.

Oleh itu, dengan adanya AI Companion Driver ia menampilkan dua penyelesaian yang dikuasa oleh AI yang terintegrasi dalam aplaksi Grab Driver untuk membantu pemandu menjadi lebih cekap serta produktif.

Ciri panduan pemanduan baharu Grab memanfaatkan data dalam masa nyata serta sejarah mengikut permintaan pemanduan yang paling tinggi. Ia akan membantu pemandu untuk ke sesebuah kawasan dengan lebih cepat dan tepat untuk mencari tugasnya dengan lebih pantas. 

Penggunaan alat AI dapat membantu pemandu lebih fokus 

Perkara ini juga dapat membantu pemandu untuk lebih fokus di jalan raya. Sehingga kini, lebih 250,000 pemandu di seluruh Asia Tenggara telah menggunakan ciri ini pada setiap minggu. 

Alat pelaporan suara terbaharu yang menggunakan AI juga membantu pemandu untuk membuat kemaskini mengenai keadaan jalan. Data ini adalah penting untuk ketepatan GrabMaps. 

Sebelum ini, pemandu akan menghantar informasi mengenai keadaan jalan menerusi aplikasi Grab Driver, di mana ia berbahaya jika dilakukan ketika memandu dan mempunyai perincian yang terhad. 

Namun dengan adanya alat baharu ini, pemandu kini boleh melakukannya secara verbal dengan lebih terperinci serta dalam pelbagai bahasa. 

Terima lebih 16,000 laporan setiap hari

Sejak pelancaran alat ini telah menerima lebih dari 16,000 laporan pada setiap hari dari lebih 900,000 pemandu dari pelbagai negara.

Grab juga menerima maklum balas tinggi serta terperinci yang secara tidak langsung membantu mereka untuk mengemas kini GrabMaps mengikut ketepatannya kerana ia penting untuk produktiviti pemandu dalam memberikan layanan yang terbaik kepada pelanggan.

Grab tawar OpenAI dan Anthropic kes di dunia nyata untuk latih model-model AI

AI Merchant Assistant telah dibina dengan kolaborasi bersama OpenAI dan juga Anthropic, manakalan AI Driver Companion telah dicipta dengan kerjasama OpenAI. 

Dengan 44 juta pengguna yang bertransaksi pada setiap bulan di 800 bandar di 8 negara dalam Asia Tenggara, Grab menawarkan OpenAI dan Anthropic akses kepada pengkalan pengguna yang lebih besar dengan kes penggunaan di dunia nyata untuk menguji serta melatih model-model AI.

Grab bekerjasama dengan rakan AI dalam mencipta alat yang diperlukan oleh pemandu dan peniaga untuk mereka berjaya di Asia Tenggara. 

“Di Grab kami sentiasa percaya bahawa ‘win-win partnership’ akan membantu kami untuk pergi lebih jauh dan cepat. Dengan bekerjasama bersama dua organisasi penyelidikan AI, kami mendapat akses kepada kemampuan yang membolehkan kami membina inovasi kepada penyelesaian untuk berkhidmat kepada komuniti. 

“Dalam masa sama, kami juga memberikan kepada rakan kongsi kami kes penggunaan di dunia nyata dan pandangan yang dapat membantu mereka memperhalusi dan mendorong sempadan model AI mereka.”

Grab memanfaatkan model OpenAI untuk menjada pengesyoran yang disesuaikan, tepat dan relevan untuk setiap pedagang menggunakan AI Merchant Assistant, manakala Claude Anthropic pula menguasai lebih kepada aspek perbualan yang dibuat oleh AI Merchant Assistant Grab dengan penggunanya. 

Alat pelaporan suara bantuan AI baharu untuk pemandu memanfaatkan GPT-40 OpenAI untuk mengkategorikan pelbagai jenis insiden dan keadaan jalan raya dengan lebih tepat daripada pelaporan individu. 

OpenAI’s Real Time API Technology juga memastikan alatan suara ini berkomunikasi dengan pemandu secara empati dengan ‘letency’ yang lebih rendah, meniru kelajuan dan suara pebualan manusia.