Drama ‘Madu atau Racun’, ‘Cela’ kini di tangan panel Jakim: Finas

LocalMovie
11 Sep 2026 • 8:16 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Drama ‘Madu atau Racun’, ‘Cela’ kini di tangan panel Jakim: Finas

KUALA LUMPUR - Nasib drama bersiri Madu atau Racun dan Cela kini diserahkan sepenuhnya kepada penilaian panel Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang bakal meneliti keseluruhan jalan cerita serta konteks kandungan sebelum sebarang keputusan penayangan dibuat.

Ketetapan itu dicapai hasil pertemuan strategik antara Finas dan Jakim hari ini berikutan keresahan awam terhadap kandungan drama berkenaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengesahkan pihaknya bersama Jakim dan agensi berkaitan akan menganjurkan sesi libat urus khas bersama pemain industri filem serta televisyen bagi merangka tatacara dan garis panduan penerbitan yang lebih jelas.

Sebagai langkah kawalan bertulis, Finas turut menetapkan syarat tambahan dalam Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) agar setiap rumah produksi menghasilkan karya yang mematuhi garis panduan serta tidak membawa kemudaratan sosial.

“Langkah ini bukan bertujuan mengehadkan kebebasan berkarya, sebaliknya memastikan kreativiti berkembang secara bertanggungjawab dengan mengambil kira sensitiviti agama, nilai budaya, kepentingan masyarakat serta persekitaran perundangan negara,” menurut kenyataan Finas.

Isu ini mula tercetus apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan mengumumkan penolakan penayangan Madu atau Racun selepas drama itu didakwa mencetuskan kontroversi serta kegelisahan dalam kalangan masyarakat.

Tindakan tegas itu menyaksikan platform penstriman terbabit bersetuju menurunkan sementara enam episod yang telah disiarkan, manakala baki enam episod lagi ditangguhkan tayangannya bagi membolehkan kesemua 12 episod disunting dan dinilai semula secara menyeluruh. - 11 September, 2026

The post Drama ‘Madu atau Racun’, ‘Cela’ kini di tangan panel Jakim: Finas appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved