Drama Madu atau Racun: Jakim lapor MCMC

LocalEntertainment
2 Sep 2026 • 5:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Drama Madu atau Racun: Jakim lapor MCMC

PETALING JAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung penayangan drama kontroversi ‘Madu atau Racun’.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya memantau rapat isu ini berpandukan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam.

“Jakim akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan termasuk MCMC dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil selaras dengan bidang kuasa dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Jakim menyokong penuh ketegasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menolak penayangan drama ‘Madu dan Racun’ kerana ia menimbulkan keresahan awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketegasan ini amat wajar kerana kandungan drama yang disiarkan melalui platform iQIYI mengandungi elemen yang bercanggah dengan nilai agama, budaya serta fitrah insan. – KOSMO! ONLINE

The post Drama Madu atau Racun: Jakim lapor MCMC appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved