Dron bantu PGA gagalkan cubaan seludup 60,000 batang rokok

LocalPolitics
16 Oct 2026 • 4:10 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dron bantu PGA gagalkan cubaan seludup 60,000 batang rokok

RANTAU PANJANG: Unit Dron Bukit Aman membantu Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan menyeludup 60,000 batang rokok putih yang dipercayai diseludup dari Thailand bernilai RM112,200 tengah di Kampung Banggol Kulim di sini malam tadi.

Serbuan pukul 12.30 tengah malam itu dilakukan selepas Unit Dron Bukit Aman mengesan beberapa individu sedang memunggah guni ke dalam sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di pangkalan haram Kedap.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa, suspek memecut kereta sehingga ke Kampung Bonggol Kulim.

Katanya, suspek kemudian meninggalkan kereta Proton Saga di kawasan semak sebelum melarikan diri dan gagal dikesan.

“Pemeriksaan ke atas kereta itu telah menemukan guni-guni berisi rokok yang dipercayai diseludup dari Thailand melalui laluan tidak diwartakan,” katanya ketika dihubungi sini hari ini.

Ahmad Radzi memberitahu, kesemua barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Rantau Panjang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Katanya, pemantauan akan terus dipergiat bagi memastikan tiada pembolosan dan kegiatan penyeludupan berlaku di sepanjang sempadan.-UTUSAN

The post Dron bantu PGA gagalkan cubaan seludup 60,000 batang rokok appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved