Lebih 600,000 Pekerja Di Malaysia Mungkin Terkesan Dengan AI Dalam Tempoh 5 Tahun 

TechnologyDigital
11 Oct 2024 • 7:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Baru-baru ini, kita telah mendengar ratusan pekerja di TikTok Malaysia dibuang, disebabkan oleh kematangan teknologi yang boleh menggantikan beberapa tugasan mereka. Disamping itu, melalui laporan Kajian Impak AI Terhadap Pasaran Kerja oleh Kementerian Sumber Manusia melalui TalentCorp, ia turut menyasarkan kira-kira 600,000 pekerja dalam tempoh 5 tahun akan datang mungkin terkesan dengan perkembangan kecerdasdan buatan, digitalisasi dan ekonomi hijau.

Pekerja di 10 sektor dijangka terkesan dengan perkembangan ini, iaitu sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Perkhidmatan Perniagaan Global, Pembuatan Farmaseutikal, Pembuatan dan Perkhidmatan Makanan, Elektrik dan Elektronik, Aeroangkasa, Perniagaan Borong dan Runcit, Peranti Perubatan, Tenaga dan Kuasa.

Sektor-sektor ini mempunyai bilangan pekerja paling ramai, lebih kurang 3.5 juta pekerja mahir dan separuh mahir. Kementerian Sumber Manusia dijangka membuat kajian lanjut melibatkan 14 sektor lagi dalam fasa seterusnya.

Laporan ini dijangka akan dikongsikan dalam masa terdekat, sekaligus akan membolehkan orang ramai bersedia dengan perkembangan teknologi, termasuk dari segi bakat dan kebolehan masing-masing.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved