Dua ADUN PN jumpa Tunku Nadzaruddin di Istana Serting

LocalPolitics
6 Nov 2026 • 5:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua ADUN PN jumpa Tunku Nadzaruddin di Istana Serting
Dua daripada tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) bertemu dengan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar di Istana Serting, di sini pada Jumaat.
Image from: Dua ADUN PN jumpa Tunku Nadzaruddin di Istana Serting
Tunku Nadzaruddin (tiga dari kiri) bersama Danni (dua dari kiri) dan Kamarol Ridzuan (dua dari kanan) ketika mengadakan pertemuan di Istana Serting, Jempol.

JEMPOL - Dua daripada tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) bertemu dengan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar di Istana Serting, di sini pada Jumaat.

Mereka ialah ADUN Paroi, Kamarol Ridzuan Mohd Zain dan ADUN Klawang, Danni Rais.

Kamarol yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan tiba di istana berkenaan kira-kira jam 3.50 petang sebelum disusuli Danni, 10 minit kemudian.

Terdahulu, Tunku Nadzaruddin kelihatan tiba sekitar jam 3.30 petang.

**media[3702333]**

Tujuan pertemuan berkenaan tidak dapat dipastikan, namun dipercayai berkaitan dengan krisis istana yang sedang berlaku ketika ini.

Pertemuan terbabit berlangsung lebih kurang setengah jam sebelum kesemua tetamu dijemput untuk minum petang.

Pada 23 September lalu, media melaporkan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(Exco) akan mengadakan pertemuan dengan Tunku Nadzaruddin di Galeri Diraja Tuanku Ja'afar di Seremban.

Bagaimanapun ia terpaksa dibatalkan atas nasihat pihak berkuasa kerana faktor keselamatan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved