Demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Kamarol Ridzuan Mohd Zain ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar di Istana Serting, Jempol pada Khamis.
Jelas beliau, kehadiran mereka merupakan pertemuan kali pertama dengan Tunku Nadzaruddin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803560/edisi/melaka-ns/dua-adun-pn-jumpa-tunku-nadzaruddin-di-istana-serting
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AdunPN #TunkuNadzaruddin">
JEMPOL - Dua daripada tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) bertemu dengan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar di Istana Serting, di sini pada Jumaat.
Mereka ialah ADUN Paroi, Kamarol Ridzuan Mohd Zain dan ADUN Klawang, Danni Rais.
Kamarol yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan tiba di istana berkenaan kira-kira jam 3.50 petang sebelum disusuli Danni, 10 minit kemudian.
Terdahulu, Tunku Nadzaruddin kelihatan tiba sekitar jam 3.30 petang.
**media[3702333]**
Tujuan pertemuan berkenaan tidak dapat dipastikan, namun dipercayai berkaitan dengan krisis istana yang sedang berlaku ketika ini.
Pertemuan terbabit berlangsung lebih kurang setengah jam sebelum kesemua tetamu dijemput untuk minum petang.
Pada 23 September lalu, media melaporkan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(Exco) akan mengadakan pertemuan dengan Tunku Nadzaruddin di Galeri Diraja Tuanku Ja'afar di Seremban.
Bagaimanapun ia terpaksa dibatalkan atas nasihat pihak berkuasa kerana faktor keselamatan.





