Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator hari ini

LocalPolitics
2 Dec 2024 • 3:20 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah di Dewan Negara hari ini.

Mereka ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman Che Alias Hamid dan Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff.

Pelantikan Che Alias merupakan lantikan baharu oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berkuat kuasa mulai 21 Nov 2024 hingga 20 Nov 2027, manakala Dr Wan Martina merupakan lantikan semula oleh DUN Kelantan berkuat kuasa 24 Ogos 2024 hingga 23 Ogos 2027.

Kedua-duanya mengangkat sumpah sebagai senator pada persidangan Dewan Negara yang berlangsung hari ini.

Awang Bemee ketika berucap mengalu-galukan pelantikan itu mengingatkan kedua-duanya agar mengalaskan amanah dengan penuh tanggungjawab serta melaksanakan tugas dengan penuh integriti.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved