Dua Anggota Polis Fail Saman Sivil Terhadap Mohd Shuhaily

LocalPolitics
5 Nov 2026 • 1:57 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Dua Anggota Polis Fail Saman Sivil Terhadap Mohd Shuhaily

SEPANG, 5 Nov (Bernama) -- Dua anggota polis yang didakwa dikasari dalam insiden di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 Sept lepas memfailkan saman sivil terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Tetuan Kamal Hisham & Associates hari ini, saman itu difailkan di Mahkamah Sesyen Sepang pada 4 Nov lepas dengan menamakan Mohd Shuhaily sebagai defendan tunggal tanpa melibatkan Kerajaan Malaysia.

“Hal ini adalah dengan mengambil kira bahawa kejadian kekasaran tersebut adalah semata-mata suatu perbuatan Mohd Shuhaily atas kapasiti dirinya sendiri, tanpa melibatkan pihak kerajaan Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, plaintif-plaintif mengemukakan empat kausa tindakan terhadap Mohd Shuhaily iaitu Tort Penahanan Salah, Tort Serangan, Tort Bateri dan Tort Fitnah dalam saman sivil tersebut.

“Pihak plaintif-plaintif berterima kasih kepada pihak kerajaan Malaysia kerana telah membuat pendirian yang jelas dan tegas dalam kes ini bahawa semua orang adalah terikat dengan halur hukum sedia ada.

“Plaintif-plaintif percaya bahawa ini adalah merupakan forum yang tepat untuk mendapat keadilan,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan Mohd Shuhaily kembali bertugas dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mohd Shuhaily dilantik sebagai Ketua Pengarah AKPS bagi tempoh dua tahun dari 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2027.

Baca juga:

Pada 21 Okt, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 Sept.

-- BERNAMA


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved