Kembali jadi tumpuan, Mohd Shuhaily lawat pintu masuk strategik Sarawak

LocalPolitics
5 Nov 2026 • 11:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kembali jadi tumpuan, Mohd Shuhaily lawat pintu masuk strategik Sarawak
Mohd Shuhaily (kiri) melawat pusat kawalan keselamatan Lapangan Terbang Sibu dan Pelabuhan Bintulu bagi meninjau operasi harian dan bertemu pegawai serta anggota yang bertugas di lapangan. Foto Facebook Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia - AKPS

SIBU - Kawalan keselamatan Lapangan Terbang Sibu menjadi tumpuan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain semasa lawatannya ke sini pada Khamis.

AKPS menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, lawatan kerja itu bertujuan menilai keberkesanan pemeriksaan penumpang dan kargo serta penyelarasan antara agensi penguatkuasaan di pintu masuk udara berkenaan.

"Langkah berkenaan penting bagi memastikan kawalan keselamatan kekal berkesan seiring perkembangan rangkaian perhubungan udara dan potensi pertumbuhan ekonomi wilayah tengah Sarawak.

"AKPS komited memastikan kelancaran pergerakan penumpang dan barangan sentiasa diseimbangkan dengan keperluan keselamatan dan kedaulatan negara,” menurut kenyataan itu. 

Lapangan Terbang Sibu adalah antara pintu perhubungan udara strategik yang menghubungkan wilayah tengah Sarawak dengan pusat ekonomi utama domestik dan serantau.

Lawatan itu adalah sebahagian daripada siri tinjauan Mohd Shuhaily ke pintu masuk negara di Sarawak.

Beliau turut mengadakan lawatan kerja ke Pelabuhan Bintulu bagi meninjau operasi harian dan bertemu pegawai serta anggota yang bertugas di lapangan.

Sebagai pintu masuk perdagangan antarabangsa, Pelabuhan Bintulu mempunyai peranan strategik dalam keselamatan sempadan negara.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved