![Image from: Dua Anggota Polis Trafik Bantu Tunda Motosikal Rosak Tepi Jalan Sampai Bengkel Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/Anggota-Polis-Bantu-Tunda-Motosikal-Pemuda-Sampai-Bengkel.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bila sebut tentang polis trafik, ramai yang takut dan mula membayangkan perwatakan garang dan tegas anggota beruniform ini lebih-lebih lagi ketika sedang bertugas.
Namun siapa sangka di sebalik perwatakan sebegitu, mereka juga sebenarnya sama seperti orang biasa lain yang suka membantu dan menghulurkan bantuan buat mereka yang dilanda kesusahan.
Anggota Polis Trafik Sanggup Berhenti Lepas Lihat Rider ShopeeFood Berhenti Tepi Jalan
Baru-baru ini, tular di media sosial perbuatan baik dan sikap prihatin dua orang anggota polis trafik yang membantu menunda sebuah motosikal milik seorang pemuda ke sebuah bengkel.
Menerusi video yang dikongsikan oleh salah seorang anggota berkenaan di TikTok @bangkeram, kelihatan sebuah motosikal milik seorang rider ShopeeFood berhenti di tepi Lebuh Raya Persekutuan berhampiran susur keluar ke Jalan P.P Narayanan.
Kedua-dua anggota terbabit, Koperal Muhammad Hadi Wan Zulkifli bersama Lans Koperal Akram Ikrami Sapei yang sedang dalam perjalanan pulang setelah menjalankan tugas terus berhenti dan bertanyakan kepada pemuda berkenaan tentang masalah yang dihadapinya.
Kongsi pemuda yang berusia 19 tahun dan tinggal di Taman Medan, Petaling Jaya itu motosikalnya tidak dapat dihidupkan sekaligus menyebabkannya tidak boleh berjalan.
Anggota Polis Terus Tawar Tunda Motosikal
Tanpa berlengah, salah seorang anggota terbabit terus menawarkan pertolongan untuk membawa motosikal pemuda itu ke sebuah bengkel berhampiran.
Namun jelasnya, pemuda berkenaan perlu menunggu memandangkan bengkel tersebut hanya memulakan operasi pada jam 10.00 pagi
Pemuda itu kemudiannya bersetuju malah anggota terbabit turut mengingatkan kepadanya agar tidak perlu menerima pesanan tempahan buat sementara sehingga motosikalnya dapat dibaiki.
Pada mulanya, pemuda itu menyangka dia perlu menolak motosikal perlahan-lahan sehingga ke bengkel.
Namun, salah seorang anggota terbabit menjelaskan bahawa dia akan menunda (towing) motosikal pemuda terbabit.
Ketika dalam perjalanan, dapat dilihat seorang lagi anggota membantu mengawal lalu-lintas ketika mereka berada di persimpangan.
Pada akhir video tersebut, kedengaran pemuda itu mengucapkan terima kasih dan bersalam dengan kedua-dua anggota terbabit manakala anggota polis berkenaan turut menitipkan nasihat buat pemuda berkenaan.
“Assalamualaikum good morning. Semoga Adik ni sentiasa kuat dalam mencari rezeki dan mengejar cita-cita dalam hidup. As lelaki, banyak cabaran yang akan kita lalui. Abang doakan adik di murahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan,” tulis anggota berkenaan di ruang kapsyen.
@bangkeram Assalamualaikum good morning. Semoga Adik ni sentiasa kuat dalam mencari rezeki dan mengejar cita-cita dalam hidup. As lelaki, banyak cabaran yang akan kita lalui. Abang doakan adik di murahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Aminn
Tonton video penuh [DI SINI]
Warganet Puji & Doakan Yang Terbaik Buat Anggota Polis
Perkongsian yang telah mendapat lebih 438,000 tontonan dan turut dikongsikan di Facebook Polis Diraja Malaysa (Royal Malaysia Police) itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji keperibadian kedua-dua anggota trafik berkenaan yang sanggup berhenti dan menghulurkan bantuan buat mereka yang memerlukan.
Malah, ada yang mendoakan kebaikan buat mereka berdua atas perbuatan baik mereka terhadap orang ramai.
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir warganet yang mahu anggota lain mencontohi keperibadian anggota berkenaan.
Ini antara komen menarik pengguna media sosial:
“Anggota Trafik Macam Ini Memang Aku Respect. Terima Kasih Jadi Orang Baik Bang. Kadang Kita Tak Tahu Ada Orang Dalam Kesusahan. Motosikal Rosak. Semoga Abang Dilindungi”
![Image from: Dua Anggota Polis Trafik Bantu Tunda Motosikal Rosak Tepi Jalan Sampai Bengkel Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-25-at-11.48.56-AM-894x1024.jpeg)
“Untuk 2 Anggota Polis Trafik Ini, Semoga Abang Dimewahkan rezeki Sekeluarga & Dipermudahkan Urusan”
![Image from: Dua Anggota Polis Trafik Bantu Tunda Motosikal Rosak Tepi Jalan Sampai Bengkel Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-25-at-11.48.57-AM-891x1024.jpeg)
“Terima Kasih Abang Polis. Jiwa Yang Baik Memang Ada Dalam Orang Melayu Islam yang Beriman, Tak Kira Apa Pun Uniform Yang Dipakai”
![Image from: Dua Anggota Polis Trafik Bantu Tunda Motosikal Rosak Tepi Jalan Sampai Bengkel Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/sifat-baik-anggota-polis_netizen_1.jpg)
“Biar Jasa Jadi Kenangan. Jauh Tu Tolak Dengan Kaki. Kalau Saya 1KM Dah Sakit Dengan Kasutnya Lagi, Berat. Terbaik”
![Image from: Dua Anggota Polis Trafik Bantu Tunda Motosikal Rosak Tepi Jalan Sampai Bengkel Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/sifat-baik-anggota-polis_netizen_2.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: Tayar Motosikal Meletup, Anggota Polis Bantu Tumpangkan Rider & Hantar Pesanan Pelanggan Raih Pujian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Tingginya Adab” – Anggota Polis Bantu Warga Emas Lintas Jalan, Siap Buka Topi Salam & Cium Tangan Raih Pujian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Anggota Polis Sumbang Bantuan Kepada Keluarga Susah Selepas Keluarkan Saman Raih Pujian [Video]




![Ramai Puji & ‘Terjentik’ Lihat Kesungguhan Budak Kecil Solat Tepi Jalan Ketika Ikut Ayah Berniaga [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/anak-kecil-solat-800x467.jpg?t=1779678495)

