Ramai Puji & ‘Terjentik’ Lihat Kesungguhan Budak Kecil Solat Tepi Jalan Ketika Ikut Ayah Berniaga [Video]

Family & ParentingLifestyle
25 May 2026 • 11:04 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Ramai Puji & ‘Terjentik’ Lihat Kesungguhan Budak Kecil Solat Tepi Jalan Ketika Ikut Ayah Berniaga [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hukum mendirikan solat sehari lima waktu adalah wajib bagi setiap individu yang beragama Islam khususnya yang sudah mencukupi syarat.

Bahkan ibadah solat ini turut diajar kepada anak kecil agar ia menjadi rutin mereka serta mengajar anak-anak sifat kebergantungan kepada Allah SWT.

Momen anak kecil solat di tepi jalan ketika ikut ayah berniaga raih perhatian

Terbaharu tular satu video dikongsikan oleh pengguna di Threads memaparkan momen seorang kanak-kanak lelaki sedang menunaikan solat ketika mengikuti ayahnya berniaga.

Menerusi video itu, kelihatan anak kecil yang memakai baju t-shirt merah sedang solat di tepi tong yang dilihat seperti bekas penyimpanan bahan basah.

Sujud beralaskan lapik nipis di sebalik van

Bukan hanya itu, si kecil ini dilihat sujud dan duduk tahiyat akhir di atas lapik nipis di sebalik van dipercayai mungkin milik keluarganya.

Meskipun tidak mempunyai ruang yang selesa untuk menunaikan ibadah wajib itu, namun kanak-kanak ini tidak menjadikan itu sebagai alasan.

Turut dipercayai bapa kanak-kanak itu berniaga di tepi jalan namun tidak diketahui lokasi sebenar dan jenis perniagaan yang dijalankan.

View on Threads

Ramai sebak dan doakan anak kecil jadi anak soleh dan berjaya dunia akhirat

Melihat di ruangan balas, ramai yang sebak dengan video tersebut. Bahkan ada yang mengatakan meskipun belum benar-benar memahami dunia namun si kecil itu tahu tempat untuknya bergantung.

Ada juga mendoakan kanak-kanak itu kelak akan menjadi seorang anak yang soleh dan berjaya di dunia serta akhirat.

Malah ramai percaya dia juga adalah individu yang akan mengubah nasib keluarga dan sentiasa membanggakan ibu ayah.

Ramai puji ibu bapa dah didik anak dengan baik, ada yang terjentik hati

Bukan hanya itu, ada yang turut memuji ibu bapa kanak-kanak ini kerana sudah mendidiknya dengan baik.

Tidak kurang ada yang rasa diri seperti ditegur apabila melihat si kecil itu solat. Ini kerana walau sudah besar namun masih leka dengan hal dunia sehingga tidak menunaikan ibadah solat yang wajib.

“Dik, kau mungkin belum faham dunia lagi, tapi kau dah faham siapa tempat bergantung. Abang tak kenal kau, tapi aku yakin ramai yang diam-diam doakan masa depan kau malam ni.”

Image from: Ramai Puji & ‘Terjentik’ Lihat Kesungguhan Budak Kecil Solat Tepi Jalan Ketika Ikut Ayah Berniaga [Video]

“Bagus dik. Buat apa pun, tak kira dekat mana pun benda wajib ni. Solat jangan tinggal. Semoga awak berjaya dunia akhirat.”

Image from: Ramai Puji & ‘Terjentik’ Lihat Kesungguhan Budak Kecil Solat Tepi Jalan Ketika Ikut Ayah Berniaga [Video]

“MasyAllah. Penyejuk mata, hati mak ayah. Semoga Allah sentiasa pelihara adik ni dari dunia yang penuh ujian ini”

Image from: Ramai Puji & ‘Terjentik’ Lihat Kesungguhan Budak Kecil Solat Tepi Jalan Ketika Ikut Ayah Berniaga [Video]

“Kita yang banyak masa terluang ni pun kadang-kadang leka dengan solat. Semoga syurga tempat awak sayang.”

Image from: Ramai Puji & ‘Terjentik’ Lihat Kesungguhan Budak Kecil Solat Tepi Jalan Ketika Ikut Ayah Berniaga [Video]