Tangisan ayah di sisi keranda anak undang sebak rakyat

25 May 2026 • 9:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tangisan ayah di sisi keranda anak undang sebak rakyat
Keratan berita kemalangan tragis melibatkan seorang remaja yang berlaku di Jalan Losong, Kuala Terengganu.

VIDEO tular menunjukkan seorang bapa meraung hiba di sisi keranda anaknya yang maut dalam kemalangan di di Jalan Losong, Kuala Terengganu beberapa hari lalu benar-benar meruntun jiwa Merak Jalanan.

Sukar untuk menggambarkan perasaan luluh apabila melihat seorang ayah seakan tidak mampu menerima hakikat anak sulung yang dibesarkan penuh kasih sayang pergi dalam keadaan begitu tragis.

Lebih memilukan, remaja berusia 18 tahun itu dilaporkan meninggal dunia dalam keadaan kepala terputus akibat kemalangan berkenaan.

Merak Jalanan percaya, ramai yang menonton video tersebut turut bergenang air mata dan terkenang insan tersayang masing-masing.

Lebih menyayat hati apabila bapa mendiang menceritakan yang anaknya bekerja sambilan untuk membantu keluarga sementara menunggu tawaran menyambung pengajian.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya cuba panggil, tapi kepalanya sudah terputus berada di bawah kaki' - Bapa

Dalam suasana penuh pilu itu, Merak Jalanan juga tersentuh dengan tindakan seorang peniaga, Norharizan Hassan yang menjadi antara saksi kejadian dan membantu menutup kepala mangsa yang terputus.

Walaupun berlainan bangsa dan agama, sifat kemanusiaan yang ditunjukkan wanita tersebut cukup menyentuh hati.

Apa pun Merak Jalanan mahu menasihatkan semua pengguna supaya lebih berhati-hati ketika berada di atas jalan raya apatah lagi menjelang cuti perayaan Aidiladha tak lama lagi.

Sentiasalah beringat bahawa setiap kemalangan bukan sekadar angka korban, sebaliknya meninggalkan luka yang mungkin tidak akan sembuh sampai bila-bila kepada mereka yang kehilangan nyawa ahli keluarga.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved