Setiap kali Hari Raya, kami memang akan bersama Almarhumah Tun – Ako Mustapha

28 Sep 2026 • 4:32 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Setiap kali Hari Raya, kami memang akan bersama Almarhumah Tun – Ako Mustapha

SUNGAI BESI: “Dulu masa kecil sampai dewasa memang rapat dengan Almarhumah. Setakat yang saya ingat, sebab kami keluarga dan bila Hari Raya, memang kami akan berjumpa”

Demikian ujar Ako atau Muhaizad Ahmad Mustapha, 55, ketika ditanya mengenai detik paling bermakna bersama Almarhumah Tun Siti Hasmah, semasa tiba di perkarangan Masjid As-Syarif, Sungai Besi, hari ini.

Ako berkata, dia mengetahui berita pemergian Allahyarham Tun Hasmah pada pagi tadi apabila kumpulan sembang keluarganya kecoh dengan pemakluman pemergian Almarhumah.

“Saya dapat tahu pagi tadi. Masa itu, semua ahli keluarga kecoh dalam kumpulan sembang (group chat) keluarga.

“Kami semua tunggu pengesahan dahulu. Lepas dapat tahu, kami terus bertanya macam mana urusan pengebumian akan diadakan,” katanya.

Tambahnya, buat masa ini dia masih menunggu butiran lanjut berhubung majlis tahlil yang akan diadakan pada malam ini.

“Sekarang saya masih menunggu butiran mengenai majlis tahlil malam ini. Itu sahaja yang saya tahu buat masa ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ako turut mendedahkan bahawa dia sekeluarga sememangnya mempunyai pertalian darah dengan Mahathir Mohamad.

“Ya, memang ada. Cuma bukan dengan Tok Ma, tetapi dengan Tok Det,” katanya.

Untuk rekod, Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), pagi tadi.

Berita pemergian Allahyarhamah disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Allahyarhamah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.20 pagi.

The post Setiap kali Hari Raya, kami memang akan bersama Almarhumah Tun – Ako Mustapha appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved