Dua beradik sesat ditemui selamat

30 Aug 2026 • 12:34 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua beradik sesat ditemui selamat

SEREMBAN – Dua beradik lelaki tempatan berusia 55 dan 60 tahun yang sesat di kawasan hutan Bukit Putus Lama, berhampiran Kampung JKIN Extreme Park, Jalan Bukit Putus Lama, Paroi, ditemui selamat awal pagi tadi.

Kedua-dua mangsa ditemui Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) 2 pada pukul 12.32 tengah malam, selepas operasi pencarian digerakkan sejak petang semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kejadian itu dilaporkan kepada polis menerusi panggilan MERS 999 daripada mangsa semalam.

Menurutnya, anggota polis dari Balai Polis Paroi bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tiba di lokasi kira-kira pukul 6.17 petang bagi menjalankan operasi SAR.

“Pada kira-kira pukul 6.48 petang, pihak polis berjaya menghubungi salah seorang mangsa melalui telefon.

“Mangsa memaklumkan mereka berada di Checkpoint 6, Trek Rigger Hills dan turut berkongsi lokasi menerusi aplikasi WhatsApp,” katanya kepada pemberita hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post Dua beradik sesat ditemui selamat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved