Dua beradik selamat dalam kebakaran di Flat Kampung Melayu

23 Aug 2026 • 10:21 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dua beradik selamat dalam kebakaran di Flat Kampung Melayu

GEORGE TOWN : Dua beradik yang masing-masing berusia 18 dan 24 tahun nyaris terperangkap dalam satu kebakaran yang berlaku di rumah mereka di Flat Kampung Melayu di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.02 pagi itu, kedua-dua mangsa bagaimanapun dilaporkan selamat kerana berjaya keluar daripada rumah tersebut sebelum ketibaan pasukan bomba.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, hasil pemeriksaan mendapati, kira-kira 30 peratus daripada rumah itu terbakar.

“Kebakaran berjaya dikawal kira-kira pukul 1.24 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 2.19 pagi. Kes itu kemudian diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan lanjut termasuk bagi mengenal pasti punca kebakaran dan jumlah sebenar kerugian,” katanya di sini, hari ini.-UTUSAN

The post Dua beradik selamat dalam kebakaran di Flat Kampung Melayu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved