Dua beranak rentung nahas dua treler di Tapah

18 Mar 2025 • 11:01 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar video tular yang memaparkan kebakaran besar melibatkan nahas dua treler.

image is not available
Anggota bomba melakukan kerja-kerja menyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit.

image is not available
Keadaan treler yang terbabit dalam nahas di Kilometer 331.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah Selasa.

image is not available
Dua rentung dalam nahas melibatkan dua treler di Kilometer 331.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah pada Selasa.

TAPAH - Dua beranak rentung dalam nahas membabitkan dua treler di Kilometer 331.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah di sini pada Selasa.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Tapah pada jam 7.46 pagi membabitkan treler muatan pasir yang melanggar bahagian belakang sebuah lagi treler membawa kapas.

Maklumat awal memaklumkan, mangsa maut merupakan pemandu treler pasir berusia lingkungan 40-an dan anak lelakinya yang bertindak sebagai kelindan berusia 20-an.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pelanggaran kedua-dua kenderaan tersebut mengakibatkan kebakaran berlaku.

**media[3050363]**

"Maklumat daripada ketua operasi terdapat seorang mangsa iaitu pemandu ditemui mati, manakala seorang lagi ditemui tersepit di bawah kepala treler.

"Kedua-duanya mangsa berjaya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

**media[3050362]**

Beliau berkata, seramai 15 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah serta Bidor digerakkan ke lokasi kejadian bagi kerja-kerja menyelamat dan memadam kebakaran.

"Operasi memadam kebakaran masih dijalankan," katanya.

Plus Malaysia Berhad (PLUS) menerusi aplikasi X memaklumkan, insiden mengakibatkan lorong kecemasan ditutup dan aliran trafik perlahan sepanjang 3 kilometer.

**media[3050364]**