Dua darjah kebesaran Negeri Sembilan Rais Yatim ditarik balik

LocalPolitics
30 Jul 2026 • 12:28 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Dua darjah kebesaran Negeri Sembilan Rais Yatim ditarik balik

SEREMBAN, 30 JULAI: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan penarikan balik kurniaan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan dan Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan kepada Tan Sri Dr Mohd Rais Yatim berkuat kuasa serta-merta.

Pendaftar Darjah Datuk Mohd Zafir Ibrahim berkata Tuanku Muhriz menitahkan penarikan balik dua darjah kebesaran terhadap bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu yang dikurniakan pada 2001 dan 1979.

“Keputusan itu dibuat bagi memelihara kebesaran, kemuliaan dan kehormatan institusi diraja Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rais, yang merupakan Pengerusi Parti Wawasan Negara pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dari 1978 hingga 1982.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved