2 Darjah Kebesaran Rais Yatim Ditarik, Sumber Sifatkan Beliau ‘Api Dalam Sekam’

LocalPolitics
30 Jul 2026 • 12:57 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

KUALA LUMPUR - Gara-gara terbabit dengan cubaan ‘menggulingkan’ Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, darjah kebesaran Tan Sri Dr Mohd Rais Yatim, ditarik semula berkuatkuasa serta merta.

Tindakan tersebut melibatkan dua darjah kebesaran, Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S) serta Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S) yang masing-masing dianugerahkan kepada beliau pada 2001 dan 1979.

Dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Pendaftar Darjah Kebesaran Negeri Sembilan hari ini, keputusan berkenaan dibuat bagi memelihara kebesaran, kemuliaan dan kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan.

Kenyataan bertarikh 30 Julai 2026 itu ditandatangani Pendaftar Darjah Kebesaran Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim.

Image from: 2 Darjah Kebesaran Rais Yatim Ditarik, Sumber Sifatkan Beliau ‘Api Dalam Sekam’

Mohd Zafir berkata, penarikan semua kedua-dua darjah kebesaran tersebut selaras dengan titah perintah Tuanku Muhriz.

Dalam perkembangan berkaitan, sumber yang mengikuti rapat krisis terbabit berkata, tindakan ke atas Rais itu tepat pada masanya, kerana pemimpin veteran tersebut tak ubah seperti api di dalam sekam. 

“Beliau ini saya lihat tidak berubah, sentiada bersikap bagaikan lalang, dan akan memihak kepada sesiapa yang dilihat mampu memberi manfaat kepadanya.

“Waktu UMNO dilanda krisis sekitar 90an dulu, Rais antara yang terlibat meninggalkan UMNO untuk menyertai Semangat 46. Begitu juga apabila UMNO berdepan krisis kerana isu 1MDB, sekali lagi beliau beralih arah menyertai BERSATU,” katanya.

Tindakan Rais itu tambah sumber, jelas menandakan beliau bukan individu yang sanggup bersumpah setia sekiranya berdepan sebarang krisis. 

“Tunggu sahajalah. Apabila BERSATU tidak lagi mampu memberi manfaat kepadanya, beliau pasti akan beralih arah sekali lagi,” katanya, sinis. - Getaran, 30 Julai 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved