
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir menitahkan penarikan balik dua darjah kebesaran negeri yang dikurniakan kepada Tan Sri Dr. Mohd Rais Yatim, berkuat kuasa serta-merta.
Menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan Pendaftar Darjah, Datuk Mohd Zafir Ibrahim, memaklumkan penarikan balik itu melibatkan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S) yang diterima pada 2001 dan Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S) pada 1979.
Menurut kenyataan itu, keputusan berkenaan dibuat bagi memelihara kebesaran, kemuliaan serta kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan.

Baca juga:
‘Kalau betul saya sakau, tahun 2018 Tun M dah penjarakan saya’ – Abdul Azeez
Bayi perempuan maut dalam tandas, pasangan pelajar kolej ditahan- Istana Negeri Sembilan tarik balik darjah kebesaran Rais Yatim
Tan Sri Dr. Mohd Rais Yatim sebelum ini menerima Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S) pada tahun 1979 dan kemudiannya dikurniakan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S) pada tahun 2001.
“Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah menitahkan penarikan balik kurniaan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S) (2001) dan Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S) (1979) kepada Tan Sri Dr. Mohd Rais bin Yatim, berkuat kuasa serta merta,” katanya.
The post Istana Negeri Sembilan tarik balik darjah kebesaran Rais Yatim appeared first on The Reporter.






