Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Kerajaan Negeri Sembilan hari ini mengumumkan penarikan balik dua darjah kebesaran yang pernah dikurniakan kepada Tan Sri Dr. Mohd. Rais Yatim, berkuat kuasa serta-merta.
Pendaftar Darjah merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Zafir Ibrahim memaklumkan bahawa keputusan berkenaan dibuat atas titah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Artikel berkaitan: “Harap bersekolah dulu” – Tan Sri Rais Yatim Tegur Tito Karnavian Isu Sumbangan Malaysia Kepada Indonesia
Artikel berkaitan: Menteri Indonesia Tito Karnavian Mohon Maaf, Tiada Niat Remehkan Bantuan Dari Malaysia Untuk Aceh

Pembatalan kurniaan tersebut melibatkan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S) yang diterima beliau pada tahun 2001, serta Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S) yang dikurniakan pada tahun 1979.
“Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah menitahkan penarikan balik kurniaan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S) (2001) dan Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S) (1979) kepada Tan Sri Dr. Mohd. Rais Yatim, berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan ini dibuat bagi memelihara kebesaran, kemuliaan dan kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan,” kata Datuk Mohd. Zafir menerusi satu kenyataan hari ini.
Walau bagaimanapun, kenyataan rasmi tersebut tidak memperincikan alasan atau sebab di sebalik keputusan penarikan balik kedua-dua darjah kebesaran berkenaan.
Sebagai info, Tan Sri Dr. Mohd. Rais Yatim merupakan tokoh veteran politik dan pentadbiran negara yang berpengalaman luas dalam pelbagai portfolio kerajaan, beliau menyandang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan pada 1978 hingga 1982.
Sumber: Kosmo!
Sumber: Yahoo! NewsArtikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.






