Tiga budak rentung, 200 rumah terbakar

30 Aug 2026 • 10:14 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiga budak rentung, 200 rumah terbakar

KOTA KINABALU – Tiga kanak-kanak, termasuk dua perempuan terkorban dalam kebakaran yang melibatkan lebih 200 rumah di tiga kampung di Numbak di sini awal pagi ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah dalam kenyataan memaklumkan mangsa, iaitu Nana Abdullah berusia 4 tahun, Mohd Asrul Abdullah, 6, dan Nurfarahdilah Mohd Tajihah, 8, ditemukan rentung dalam kejadian itu.

“Terdapat tiga orang dikhuatiri hilang dalam kejadian itu, bagaimanapun mangsa telah ditemukan pasukan bomba. Jumlah sebenar rumah yang terlibat serta status mangsa masih dalam proses pengesahan. Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

JBPM memaklumkan kebakaran melibatkan kawasan rumah setinggan atas air jenis tidak kekal yang merangkumi tiga kampung, iaitu Kampung Lok Buta, Kampung Lok Poring dan Kampung Sabang Lama.

Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak ke kawasan berhampiran dan operasi pemadaman serta kerja-kerja overhaul sedang dijalankan.

Sebanyak 39 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, BBP Lintas dan BBP Penampang digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman. – Kosmo! Online

The post Tiga budak rentung, 200 rumah terbakar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved