Dua individu ditemukan meninggal dunia dalam kereta

26 Aug 2026 • 9:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua individu ditemukan meninggal dunia dalam kereta
Dua individu ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di kawasan tempat letak kenderaan awam di Semenyih, pada Selasa. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Dua individu, masing-masing seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun dan wanita tempatan berusia 43 tahun, ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di kawasan tempat letak kenderaan awam berhadapan Super Seven, Vista Valley, di Semenyih, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan pada 3.54 petang mengenai penemuan kedua-dua mangsa di tempat duduk hadapan sebuah kereta jenis Hyundai Atos berwarna hijau.

"Hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada kesan umpilan pada kenderaan berkenaan, selain tiada kecederaan atau tanda-tanda jelas yang menunjukkan unsur jenayah pada kedua-dua mangsa.

"Siasatan lanjut mendapati kedua-dua mangsa merupakan kenalan dan telah dilaporkan tidak dapat dihubungi serta tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lepas,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muaz Mazlan di talian 017-9788804 bagi membantu siasatan. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved