Dua individu terbaring atas jalan dipercayai ditetak

25 Aug 2026 • 6:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua individu terbaring atas jalan dipercayai ditetak
Rakaman dipercayai daripada video papan pemuka sebuah kenderaan yang melalui lokasi kejadian pada Selasa.
Image from: Dua individu terbaring atas jalan dipercayai ditetak
Rakaman video memaparkan situasi tegang apabila beberapa individu dilihat berlari di lokasi berkenaan.
Image from: Dua individu terbaring atas jalan dipercayai ditetak
Tangkap layar video tular memaparkan salah seorang individu terbaring di atas jalan.

SHAH ALAM - Dua individu ditemui terbaring di atas jalan dipercayai akibat ditetak dalam kejadian di Seksyen 28 di sini pada Selasa.

Kejadian itu tular di media sosial menerusi rakaman video papan pemuka sebuah kenderaan yang memaparkan situasi tegang apabila beberapa individu dilihat berlari di lokasi berkenaan.

**media[3625971]**

Dalam rakaman sama, terdapat individu lain dilihat terbaring di atas jalan, manakala beberapa hantaran lain turut berkongsi gambar memaparkan dua individu dalam keadaan berkenaan.

Bagaimanapun, keadaan kedua-dua individu terbabit serta punca kejadian masih belum dapat dipastikan.

**media[3625972]**

Dakwaan bahawa kejadian itu membabitkan kes tetak juga masih belum dapat disahkan.

Sementara itu, Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan lanjut pihak polis berhubung kejadian berkenaan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved