KUANTAN - Hujan yang berterusan menyebabkan 11 rumah di Kampung Cheroh dan Kampung Sempam Baru, Raub terjejas dilanda banjir kilat pada Sabtu.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub menjelaskan, seramai 26 mangsa terlibat daripada 11 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga jam 11.15 malam.
Menurutnya, PPS di Balai Raya Kampung Baru Cheroh yang dibuka jam 7.30 malam menempatkan 18 mangsa daripada lapan keluarga.
"PPS di Balai Raya Sempam Baru dibuka jam 11.15 malam menempatkan lapan mangsa daripada tiga keluarga terjejas," katanya.
Menurutnya, pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Raub telah ke lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat,memasang kubikel dan menyampaikan sumbangan kit makanan kepada mangsa terlibat.
"Agensi lain yang terlibat membantu,Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)," ujarnya.





![[VIDEO] ‘Air cecah pinggang, apa pun tak sempat’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/pps-banjir-1024x768.jpeg)
