Dua kanak-kanak maut jatuh longkang, dua lagi cedera

14 Sep 2026 • 9:43 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Dua kanak-kanak maut jatuh longkang, dua lagi cedera

SHAH ALAM, 14 SEPT: Dua kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam longkang di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan, Kulim, malam ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, dua lagi kanak-kanak berusia lapan dan 11 tahun mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring mengesahkan kejadian berkenaan.

“Anggota Balai Polis Sungai Karangan ke tempat kejadian dan mendapati dua kanak-kanak lelaki dibawa ke hospital, manakala dua lagi meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya seperti dilapor BuletinTV3.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti keadaan sebenar yang membawa kepada kejadian tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved