Dua kenderaan bertembung, suami isteri antara tiga maut

13 Sep 2026 • 10:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua kenderaan bertembung, suami isteri antara tiga maut
Tiga individu termasuk pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di KM 31.2, Jalan Kota Tinggi-Kluang pada Ahad. Foto IPD Kota Tinggi
Image from: Dua kenderaan bertembung, suami isteri antara tiga maut
Kemalangan dipercayai berlaku apabila Honda BR-V dari arah Kota Tinggi menghala ke Kluang terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Axia.
Image from: Dua kenderaan bertembung, suami isteri antara tiga maut
Tiga individu termasuk pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 31.2, Jalan Kota Tinggi-Kluang.
Image from: Dua kenderaan bertembung, suami isteri antara tiga maut
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi.

KOTA TINGGI – Tiga individu termasuk pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 31.2, Jalan Kota Tinggi-Kluang di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu daripada orang awam kira-kira jam 6.20 petang.

Menurut beliau, kemalangan dipercayai berlaku apabila Honda BR-V dari arah Kota Tinggi menghala ke Kluang terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Axia.

**media[3646701]**

“BR-V dipandu lelaki berusia 42 tahun bersama dua penumpang lelaki berusia 58 tahun.

“Axia pula dipandu lelaki berusia 38 tahun bersama seorang penumpang wanita berusia 34 tahun yang merupakan pasangan suami isteri.

**media[3646697]**

“Penumpang belakang BR-V dan penumpang hadapan Axia mengalami kecederaan parah di kepala serta badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

**media[3646702]**

“Pemandu Axia pula meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, pemandu dan penumpang hadapan BR-V turut mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved