Pemandu pacuan empat roda maut tersepit nahas lapan kenderaan

14 Sep 2026 • 9:22 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pemandu pacuan empat roda maut tersepit nahas lapan kenderaan
Lelaki dilaporkan maut selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan lapan kenderaan di kawasan jejambat menghala ke Luyang, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan lapan kenderaan di kawasan jejambat menghala ke Luyang, di sini, pada awal pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa, Arizal Wahid, 44, dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja, disahkan meninggal dunia di lokasi tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Noor Sherriyana Bohari berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.33 pagi.

Katanya, seramai enam anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh tujuh kilometer dari BBP Lintas.

"Menurut laporan, kemalangan melibatkan tujuh kenderaan dan sebuah motosikal.

"Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux menggunakan peralatan khas namun disahkan telah meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya lagi, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Setelah memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 7.55 pagi," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved