Dua kereta, lima motosikal hangus dalam kebakaran dua rumah

LocalCars
4 Sep 2026 • 5:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua kereta, lima motosikal hangus dalam kebakaran dua rumah
Kebakaran dua rumah di Kampung Padang Keladi Durian Tunggal yang berlaku pada Jumaat.

ALOR GAJAH - Dua kereta dan lima motosikal musnah dalam kebakaran dua rumah di Kampung Padang Keladi Durian Tunggal pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Mohd Shahrom Laji berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.16 petang.

Menurutnya, sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh dikejarkan ke lokasi dan tiba pada jam 1.30 petang.

"Setibanya pasukan di lokasi, didapati berlaku kebakaran membabitkan dua rumah berkembar jenis separuh kekal berukuran 35 x 70 kaki persegi.

"Sebuah rumah terbakar 100 peratus manakala sebuah lagi terbakar kira-kira 80 peratus," katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, kebakaran itu turut memusnahkan sebuah Proton Persona dan sebuah Hyundai serta lima motosikal diletakkan pada garaj rumah.

"Pasukan bomba sedang menjalankan kerja-kerja pemadaman dan operasi dikawal pada jam 1.43 petang.

"Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian," katanya.

Ujarnya, api berjaya dikawal pada jam 1.43 tengah hari dan operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved