Dua rumah berkembar, sembilan kenderaan musnah dalam kebakaran di Alor Gajah

LocalHome & Living
4 Sep 2026 • 8:48 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Dua rumah berkembar, sembilan kenderaan musnah dalam kebakaran di Alor Gajah

Bomba Melaka padam kebakaran dua rumah berkembar di Alor Gajah yang turut musnahkan dua kereta, enam motosikal dan sebuah basikal elektrik.

ALOR GAJAH: Sembilan kenderaan musnah selepas dua rumah berkembar separuh kekal terbakar dalam kebakaran di Kampung Padang Keladi, Durian Tunggal di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Penguasa Kanan Bomba II Mohd Shahrom Laji berkata sembilan kenderaan tersebut termasuk dua kereta, enam motosikal termasuk satu motosikal elektrik selain sebuah basikal elektrik.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 1.16 tengah hari, sebelum masing-masing sebuah jentera fire rescue tender (FRT) dan compact fire rescue tender (CFRT) dengan kekuatan tujuh anggota serta dua Unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) digerakkan ke lokasi kejadian kira-kira seminit kemudian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, dua rumah berkembar jenis separuh kekal berukuran 35×70 kaki persegi telah terbakar, masing-masing 100 peratus dan 80 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kebakaran dapat dipadam sepenuhnya pada 4 petang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved