Tujuh kenderaan musnah kebakaran dua rumah berkembar

4 Sep 2026 • 6:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tujuh kenderaan musnah kebakaran dua rumah berkembar

ALOR GAJAH – Tujuh kenderaan termasuk dua buah kereta dan lima motosikal musnah dalam kebakaran membabitkan dua buah rumah berkembar jenis separuh kekal di Kampung Padang Keladi, Durian Tunggal, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Mohd. Shahrom Laji berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 1.16 tengah hari.

Katanya, seramai sembilan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh dikejarkan ke lokasi kejadian, selain bantuan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati kebakaran membabitkan dua buah rumah berkembar jenis separuh kekal berukuran 35 x 70 kaki persegi.

“Sebuah rumah terbakar 100 peratus, manakala sebuah lagi terbakar 80 peratus selain melibatkan beberapa kenderaan yang berada di kawasan rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, kenderaan yang musnah adalah sebuah kereta jenis Proton Persona dan Hyundai serta lima motosikal masing-masing dua Honda EX5, Modenas Kriss, dua Yamaha Lagenda, selain sebuah motosikal elektrik jenis Monkey dan sebuah basikal elektrik.

Mengulas lanjut Mohd. Shahrom berkata, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 1.43 tengah hari dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan dan operasi masih diteruskan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat,” katanya.-KOSMO! ONLINE

The post Tujuh kenderaan musnah kebakaran dua rumah berkembar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved