Dua lelaki didenda RM30,000 menggaji, melindungi PTI

23 Oct 2026 • 4:43 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Dua lelaki didenda RM30,000 menggaji, melindungi PTI

Kota Kinabalu: Dua lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda berjumlah RM30,000 kerana menggaji pendatang tanpa izin (PTI) serta membenarkan mereka tinggal dalam premis di bawah seliaan masing-masing.

Tertuduh Mohd Ansar Maidin dan Mohd Azmi Che Omar mengaku salah secara berasingan atas pertuduhan masing-masing di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain.

Mohd Ansar didenda RM10,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda kerana menggaji seorang warga Filipina yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri pada jam 2.20 petang, 15 Julai lalu di Restoran Bismillah, Jalan Burung Kereto, Lembaga Padi, Inanam.

Kesalahan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen itu memperuntukkan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap PTI yang terlibat jika sabit kesalahan.

Sementara itu Mohd Azmi didenda RM5,000 atau penjara enam bulan bagi setiap PTI selepas membenarkan seorang warga Indonesia dan tiga warga Filipina tanpa dokumen tinggal di premis di bawah kawalannya.

Kesalahan tersebut berlaku pada jam 4.10 petang, 15 Julai lalu di Nikki Catering, Jalan Tuaran Likas.

Secara keseluruhannya Mohd Azmi perlu membayar denda berjumlah RM20,000.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Jabatan Imigresen Baxter Junior Goh dan Mohd Hairul Bona.

Sementara itu di mahkamah yang sama dua warga Filipina dipenjara empat bulan setiap seorang kerana memasuki negeri ini secara haram.

Kedua-dua warga asing itu mengaku bersalah secara berasingan atas kesalahan memasuki Sabah tanpa sebarang dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang sah.

Mereka ditahan di kawasan bandar raya dalam satu operasi yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen selepas gagal mengemukakan dokumen kepada pegawai bertugas.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua PTI tersebut dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan pengusiran (deportasi) selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved