Empat lelaki gaduh di tokong didenda maksimum RM1,000

23 Oct 2026 • 2:12 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Empat lelaki gaduh di tokong didenda maksimum RM1,000

AMPANG – Empat lelaki masing-masing didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas terlibat dalam satu pergaduhan tular di sebuah tokong Isnin lalu.

Majistret Tiong Wen Wen mengenakan hukuman denda itu selepas tertuduh-tertuduh iaitu Foo Je Kit, 19; Alvin Hw Jun Mun, 19; Yeo Ji Kang, 18, dan Lai Jian Lung, 20, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang didakwa ke atas mereka.

Mahkamah turut memerintahkan mereka dipenjara satu bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama-sama telah melakukan gaduh gempar di tempat awam iaitu sebuah tokong di Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang di sini pukul 12.01 tengah malam pada 19 Oktober lalu.

Justeru pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 159 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 160 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum empat bulan atau denda boleh sampai RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aizudin Radthuan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran mengambil kira faktor kepentingan awam.

Bagaimanapun kesemua tertuduh dalam rayuannya memohon agar dikenakan denda yang rendah atas alasan masih di usia muda selain masing-masing tiada pekerjaan tetap.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seramai 13 lelaki termasuk remaja ditahan selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan membabitkan dua kumpulan di sebuah tokong, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya telah mengesan rakaman video berkaitan kejadian itu yang tular di media sosial. – KOSMO! ONLINE

The post Empat lelaki gaduh di tokong didenda maksimum RM1,000 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved