Wanita warga asing disyaki edar dadah di Pulau Sebatik

15 Nov 2026 • 10:38 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Wanita warga asing disyaki edar dadah di Pulau Sebatik

TAWAU: Seorang wanita warga asing yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di kawasan berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia berjaya ditangkap selepas polis menyerbu kediamannya di Kampung Pisak-Pisak, Pulau Sebatik pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Rosdi Mat Jusoh berkata dalam serbuan kira-kira jam 4 pagi itu, suspek yang berumur 30-an terbabit ditahan selepas polis mengesan penemuan mencurigakan disyaki syabu lebih setengah kilogram dari dalam bilik wanita berkenaan.

“Hasil pemeriksaan terhadap sebuah beg berzip yang diserahkan oleh suspek kepada polis membawa kepada penemuan 25 tiub plastik lutsinar pelbagai saiz berisi bahan hablur jernih yang dipercayai dadah jenis syabu seberat kira-kira 58.60 gram.

“Serbuan terhadap rumah yang didiami suspek itu dilakukan sepasukan polis yang diketuai Ketua Balai Polis Bergosong Sub Insp Dayang Siti Sainon Abdullah selepas menerima maklumat berkaitan kegiatan dadah di kawasan berkenaan.

“Suspek dan semua barang rampasan di dalam serbuan itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau serta diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mengulas lanjut Rosdi berkata semakan terhadap latar belakang suspek mendapati wanita warga asing itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Menurut beliau  kertas siasatan kes terbabit dibuka di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Rosdi berkata menerusi undang-undang itu, seseorang yang memiliki lebih dari 50 gram syabu secara automatik akan disyaki sebagai suspek pengedar dan lazimnya siasatan akan melihat jika wujud perbuatan mengedar, penawaran untuk mengedar atau melakukan persediaan bagi tujuan mengedar dadah.

Tegasnya Polis Tawau akan terus menggiatkan operasi dan tindakan penguatkuasaan, bahkan tidak berkompromi dengan sebarang pihak yang dikenalpasti terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah khususnya di daerah Tawau.

“Kita harap orang ramai supaya menjauhkan diri dari najis dadah dan mengelakkan diri masing-masing daripada terjebak di dalam sebarang aktiviti berkaitan penggunaan, pemilikan atau pengedaran dadah.

“Salurkan maklumat kepada pihak polis atau balai berhampiran jika mengesan terdapat aktiviti pengedaran dadah di kawasan masing-masing bagi bersama-sama membanteras kegiatan berkaitan demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat”, katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved