Dua lelaki lolos PUSPEN Dengkil berjaya ditangkap semula - AADK

30 Aug 2026 • 6:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua lelaki lolos PUSPEN Dengkil berjaya ditangkap semula - AADK
Ruslin mengesahkan perkara tersebut.

SEPANG - Dua penghuni yang melarikan diri dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Dengkil di sini berjaya ditangkap semula secara berasingan pada Jumaat dan Sabtu lepas.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan perkara tersebut dengan penahanan seorang penghuni di Serendah oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala seorang lagi ditahan di Rawang oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Hulu Langat.

"Kedua-duanya telah dibawa ke PUSPEN Dengkil semula. Dalam masa terdekat mereka akan dibawa ke mahkamah untuk tindakan perundangan," katanya pada Ahad.

Sebelum itu, AADK memaklumkan dua orang penghuni lelaki di PUSPEN Dengkil telah melarikan diri pada 27 Ogos lalu.

Ruslin dilaporkan berkata, kedua-dua suspek melarikan diri dari kawasan PUSPEN dan mencuri sebuah kenderaan dari sebuah kampung berdekatan dengan pusat pemulihan tersebut.

Bagaimanapun, kenderaan yang dicuri suspek telah berjaya ditemui pihak AADK di Beranang dan telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Satu kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang memaklumkan kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 8.40 pagi sebelum usaha mengesan lelaki terbabit segera digerakkan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved