Dua penghuni Puspen Dengkil larikan diri, polis buru

28 Aug 2026 • 9:46 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Dua penghuni Puspen Dengkil larikan diri, polis buru

Polis buru dua lelaki yang melarikan diri dari Puspen Dengkil, Selangor pagi tadi. Orang ramai diminta tidak panik dan hubungi polis jika ada maklumat.

PUTRAJAYA: Dua penghuni Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Dengkil, Selangor melarikan diri dari pusat berkenaan semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt Mior Mohd Nor Azuan Alias berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian dua lelaki melarikan diri dari pusat itu pada 8.40 pagi.

“Pihak polis sedang menjalankan usaha mengesan kedua-dua lelaki berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak disahkan berkaitan kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kedua-dua individu itu menyalurkan kepada balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang melalui talian 03-87774222.

Terdahulu, tular pemakluman dan hebahan keselamatan mengenai kejadian dua penghuni PUSPEN Dengkil yang melarikan diri dari pusat itu dipercayai dengan menggunakan sebuah kenderaan curi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved