Dua pelatih Puspen lari: Kenderaan ditemukan, dua penghuni Puspen masih diburu

28 Aug 2026 • 1:08 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dua pelatih Puspen lari: Kenderaan ditemukan, dua penghuni Puspen masih diburu

SEPANG: Polis mengesahkan kenderaan yang dipercayai digunakan dua penghuni Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Dengkil untuk melarikan diri semalam sudah ditemukan, namun kedua-dua suspek masih dikesan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden Mior Mohd. Nor Azuan Alias berkata, setakat ini pihaknya menerima maklumat bahawa hanya kenderaan berkenaan sudah ditemukan, manakala usaha mengesan kedua-dua suspek masih dijalankan.

“Kereta telah ditemukan dan disiasat oleh di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat.

“Setakat ini hanya kenderaan sahaja yang sudah dijumpai manakala suspek masih dikesan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, polis menerima laporan kira-kira pukul 8.40 pagi berhubung kejadian dua lelaki melarikan diri dari Puspen Dengkil.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh berkata, kedua-dua lelaki terbabit melarikan diri dari kawasan Puspen sebelum mencuri sebuah kenderaan di sebuah kampung berhampiran pusat pemulihan berkenaan.

Kenderaan itu kemudian ditemukan di Beranang, Selangor sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Mior Mohd. Nor Azuan sebelum ini dilaporkan berkata, polis sedang menjalankan usaha mengesan kedua-dua lelaki berkenaan dan meminta orang ramai tidak panik atau membuat sebarang spekulasi serta menyebarkan maklumat yang tidak disahkan.

Menurutnya, beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kedua-dua individu terbabit supaya menyalurkannya ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di talian 03-87774222. –UTUSAN

The post Dua pelatih Puspen lari: Kenderaan ditemukan, dua penghuni Puspen masih diburu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved