Tular Video Lelaki Mengamuk Di Plaza Tol Rupanya Positif Sy*bu & Ada 17 Rekod Jenayah Lampau

Entertainment
5 Nov 2024 • 12:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak semalam, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki bertindak ganas dan mengamuk di sebuah plaza tol, individu berkenaan dilihat keluar daripada kereta lalu memarahi jurutol sebelum memukul serta menyepak tol tersebut.

Menurut laporan Kosmo!, kejadian tersebut berlaku di plaza tol berhampiran Jalan Batu 9 Cheras, Selangor pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya mengesan video kamera papan pemuka (dashcam) yang ditularkan di Facebook pada 11.13 pagi semalam.

“Video 18 saat itu (kejadian 1.38 pagi Ahad) memaparkan suspek, 31, keluar dari kenderaan dan terus ke kaunter tol.

Suspek bertindak memarahi serta menendang dinding kaunter tol tersebut, lalu terus beredar dari lokasi kejadian,” katanya.

Difahamkan, suspek positif dadah jenis syabu dan mempunyai 17 rekod jenayah lampau, mengikut keterangan mangsa kejadian tersebut iaitu petugas jurutol kaunter wanita, 22, punca kejadian adalah suspek ditegur kerana mengetuk tempat kad Touch n’ Go dengan kuat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.