Dua lelaki warga asing direman kes pelajar kolej maut kena sabit

LocalPolitics
10 Mar 2026 • 12:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dua lelaki warga asing yang terlibat dalam insiden seorang pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit

TELUK INTAN - Dua lelaki warga asing yang terlibat dalam insiden seorang pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pada Isnin direman selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, tempoh reman tersebut diperoleh sehingga 16 Mac.

Menurutnya, permohonan reman tersebut dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan terhadap kes berkenaan.

Pada Isnin, media melaporkan seorang pelajar kolej maut akibat cedera parah dipercayai terkena bilah sabit pada bahagian leher dalam satu kejadian di sini.

Lelaki berusia 18 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi mangsa berusia 17 tahun yang juga rakan sekolej kini dirawat akibat cedera pada tangan.

Berikutan kejadian itu, polis menahan dua lelaki warga asing masing-masing berusia 39 dan 52 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan selain turut merampas sebilah sabit serta sebuah motosikal.