Dua lelaki warga Indonesia seleweng diesel dipenjara 18 bulan

12 Aug 2026 • 7:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua lelaki warga Indonesia seleweng diesel dipenjara 18 bulan
Dua lelaki warga Indonesia dihantar ke Penjara Kluang bagi menjalani hukuman penjara 18 bulan.

JOHOR BAHRU - Dua lelaki warga Indonesia dipenjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru selepas mengaku bersalah atas kesalahan penyelewengan diesel di sebuah premis di Taman Mount Austin, 23 April lalu.

Tertuduh, Hendrick Dwi Setyawan, 38, dan Maulana Bachrudin, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh yang merupakan pekerja di premis berkenaan telah menyebabkan sebanyak 12,789 liter minyak diesel disimpan di dalam tempat penyimpanan yang tidak dibenarkan oleh Pengawal Bekalan.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor, Nur Sulehan Abd Rahman.

Kedua-dua tertuduh pula diwakili peguam Mohamad Azrulsani Othman.

Pada 23 April 2026, sebuah premis di Taman Mount Austin, Johor Bahru diserbu KPDN Johor kerana menyimpan 12,789 liter minyak diesel di dalam tempat penyimpanan yang tidak dibenarkan oleh Pengawal Bekalan.

Kedua-dua lelaki juga gagal mengemukakan sebarang lesen, permit atau dokumen di bawah undang-undang KPDN.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved