
SEMPORNA: Dua lelaki - seorang tekong dan seorang penumpang - ditemui lemas selepas hilang susulan pertembungan dua bot di perairan Kampung Balimbang, di sini, Isnin.
Ketua Polis Daerah Supt Mohd Sabri Zainol berkata sebuah bot pelancong yang membawa 12 orang sedang menuju ke Pulau Mabul apabila bertembung dengan sebuah bot laju yang dinaiki dua orang pada pukul 9.45 pagi.
AdvertisementBeliau berkata tekong dan penumpang bot laju itu hilang selepas tercampak ke laut berikutan kemalangan itu.
“Usaha mencari dan menyelamat dilakukan orang ramai dan kedua-dua mangsa berusia 45 dan 50 tahun ditemui dalam air dalam keadaan tidak bernyawa,” katanya.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Tambahnya, kedua-dua mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat bagi memastikan punca kematian dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.
Beliau menggesa saksi kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat Insp. Mohammad Hafizuddin Akram Ghafar Ismail pada talian 013-7557293 atau balai polis berhampiran.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mohd Sabri mengingatkan semua pemilik bot supaya sentiasa berhati-hati dan menyediakan peralatan keselamatan yang mencukupi bagi memastikan keselamatan semua.



