Penunggang Yamaha Nmax maut dihempap pokok tumbang di Selayang

18 Nov 2026 • 5:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penunggang Yamaha Nmax maut dihempap pokok tumbang di Selayang

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Yamaha Nmax yang ditunggang dihempap pokok tumbang di Jalan Set 2/8, Setia Eco Templer, Selayang di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 2.20 petang itu, pokok tersebut dikatakan turut menghempap sebuah lori jenis Isuzu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 2.19 petang.

Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang tiba di lokasi kira-kira pukul 2.28 petang sebelum mendapati seorang penunggang motosikal tersepit dan tidak sedarkan diri.

“Mangsa dapat dikeluarkan pada pukul 2.35 petang. Lelaki itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, operasi mengalihkan pokok tumbang melibatkan enam anggota dengan bantuan jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Light Operational Vehicle (LOV).

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan kejadian pokok tumbang berlaku berdekatan Jalan Templer dari Rawang menghala ke Selayang petang ini.

Menerusi perkongsian video, pengguna Threads mendakwa, pokok tersebut menimpa kenderaan iaitu lori dan motosikal selain ada memaklumkan terdapat mangsa tersepit dalam kejadian berkenaan.- KOSMO! ONLINE

The post Penunggang Yamaha Nmax maut dihempap pokok tumbang di Selayang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved