Dua maut kereta terbabas langgar pokok

LocalCars
8 Sep 2026 • 11:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua maut kereta terbabas langgar pokok
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KUANTAN - Dua maut manakala seorang cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar pokok di Kilometer 134 Jalan Kuantan-Johor Bahru, Rompin pada Selasa. 

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, pemandu kereta R. Vijay, 27, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Rompin manakala penumpang belakang P. Vijayan, 17, maut di tempat kejadian.

Beliau berkata, seorang lagi penumpang M Tanush Kumar, 16, yang duduk di bahagian hadapan kenderaan itu mengalami kecederaan pada badan.

"Hasil siasatan awal mendapati tiga lelaki itu dalam perjalanan dari arah Rompin menghala ke Kuantan. Apabila sampai di lokasi kejadian, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu melanggar pokok di bahu jalan sebelah kiri,” katanya dalam kenyataan pada Selasa. 

Sharif Shai berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu ketika memandu. 

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa yang maut dijadualkan pada 9 pagi esok di Hospital Rompin. - Bernama 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved